2 RULES DALAM HIDUP

Ini adalah pengalaman aku sendiri sepanjang hampir 7 tahun dalam bisnes. Suka duka sepak terajang jatuh bangun tawa tangis gembira duka . Mana yang tahu, tahu lah. Ramai orang mengukur kita dari luaran dan pandangan mata sahaja .

“Dia pakai kereta apa tu”

“Baju dia jenama apa tu”

“Kejap bisnes tu kejap bisnes ni”

“Patutlah tak kawin kawin , sibuk cari duit”

“Ko kena buat macam tu”

“Ko kena buat macam ni”

Aku hanya mampu ber huhuhaha je lah. Sebab itu semua anggapan orang je dan di sebabkan aku TAK NAK  beranggapan dengan orang yang berkata tu, aku dengar nasihat salah sorang  Sifu yang pernah ajar aku 2 RULE  ni .

RULE 1 : JANGAN PERCAYA, BUAT JE!

Lepas  satu perkara musibah yang melanda baru aku sedar aku banyak melakukan kesilapan. Dulu bila aku belajar satu menda tu susah betul aku nak percaya dan implement kan. Sudahnya banyak buang masa dan benda yang aku belajar tu hilang macam tu je.

Hinggalah satu masa aku buat keputusan (Setelah beberapa tahun weiii) , pegi cari ilmu lagi (bukan degree ye) dan sekarang apa saja yang Sifu/Cikgu ajar selagi  tak  melanggar hukam syarak aku terus buat je. Tak payah nak tunggu tunggu dah tengok orang. BUAT JE…

Pada aku tak payah malu nak cari ilmu, BUANG EGO . Sebab ramai orang  BERSANGKA/BERANGGAPAN  jika pegi belajar tu orang yang BERMASALAH.  Halangan memang banyak uolss, tapi halangan yang terbesar selalunya dalam DIRI KITA SENDIRI.

RULE 2 : JANGAN BUAT KERJA TUHAN

Ramai kawan kawan yang lama dan baru nak start meniaga selalu tanya aku ,

“Eh ko pegi belajar ngan si Sifu XXX tu menjadi ke”

“Eh mahal nya ko  pegi belajar aku tengok pakai keta sama je”

“Banyak ke sales ko sekarang dah bayar Cikgu mahal mahal”

“Eh tak menjadi ke benda yang ko belajar tu”

Masih lagi la nak ber ANGGAPAN. Pada mata manusia harta benda menjadi ukuran kejayaan seseorang. Di sekolah pun belajar bukan terus jadi pandai, kena amik ujian tu, exam ni.

Cuba fahami situasi di dunia ni , ada kerja kita buat sebagai manusia, selebihnya tu tugas Allah SWT untuk tentukan ia menjadi atau tidak. Kita hanya mampu berusaha dan at least pegi jugalah cari ilmu tu kan . Pada tak cari lansung dan sibuk nak judge orang.

Kena buat dulu, tak jadi adjustlah semula. Kalau asyik fikir tak jadi tak jadi tak jadi tak boleh tak boleh , memang tak akan jadi lah.

“Barangsiapa yang bertawakal kepada Allah, Dia akan memberikan baginya jalan keluar dan memberinya rezeki dari jalan yang tidak di sangka sangka.Barang siapa yang bertawakal kepada Allah, Dia akan memberikan kecukupan baginya….” (Surah Al Thalaaq: 2-3 )

INSTAGRAM : JANGAN LUPA FOLLOW