Kalau dah Jatuh Nak Bangun atau Acah2 Pengsan

Upload Image...

Sebulan dua ni aku selalu dapat panggilan dari rakan2 lama yang mengeluh tentang keadaan ekonomi yang menjejaskan company tempat mereka berkerja.  Bila kawan2 mengadu aku selalunya hanya mendengar dan amat jarang2 sekali aku bg feedback. Kerana aku tahu kebanyakan mereka hanya mahu meluah perasaan je tanpa nak buat apa2 pun.

Ada di kalangan mereka company akan di tutup, ade juga yang akan diberhentikan kerja. Dan ada juga gajinya terpaksa di potong oleh majikan. Lansung tak boleh aku bayangkan macam mana nak survive lepas ni dengan anak2 yang masih bersekolah dan beberapa bil yang wajib di bayar every month.

Upload Image...

Ade juga di kalangan mereka ni dah prepare nak buat ape. Meniaga adalah the best solution yang mereka nampak. Aku sokong sangat kalau nak meniaga ni. Tapi mengikut pengalaman aku baiklah pergi belajar meniaga terutama bab marketing kalau takde plan nak cari kerja lain. Sebab bab yang satu ni ramai yang amik tak kisah.

Bila aku tanya macam mana ko nak jual barang2 ko tu tu. “Owh senang je, aku tengok ramai orang post kat fb dan Instagram je. Tengok artis2 tu post je kat situ. Ramailah yang beli” …

Soalannya ko tu ARTIS  ke?????  Krik krikk krikk. Aku mampu soal dalam hati je lah.

Ok ok tak pe lah. Aku terima jugak statement tu tak nak jatuhkan semangatkan. Sebab aku dulu pun macam tu. DAH TERDESAK BARU ADA AKAL.

Lepas tu aku tanya lagi, sape nak beli nanti barang tu ? “Owh stakat ni aku post FB kawan2 banyak yang beli”

Ha Alhamdulillah, baguslah tu. Lps tu dia sambung balik “Tp beli sekali je lah, 2 3 bulan lepas tu baru order balik. Itu pun mgkin dia segan ngan aku kot. Tu yang dia beli”

Aku pun diam , dalam otak aku cakap “Dulu aku pun mcm ni jugak, harap kawan2 yg support. Memang kawan support tp stakat kawan2 je lah. Customer luar x de”

Upload Image...