PERBEZAAN KABEL PHONE ORIGINAL DAN TIRUAN

KUALITI 

Memang tidak di sangkal lagi kabel phone original memang kualiti lain macam sikit. Kualiti kabel original selalunya bila di sentuh je memang dah rasa kukuh dan kuat. Alaa boleh rasalah kalau yang ciplak ni rasa plastik pun murahan je

BUNGKUSAN/PACKAGING

Biasanya packaging kabel original di dalam kotak cantik berhias, berbanding kabel tiruan ni. Kekadang takde plastik pun.

NOMBOR SIRI

Setiap kotak kabel original akan terdapat sticker yang di tampal pada kotak dan di sticker itu akan ada no siri keluaran setiap kabel. Dan sudah tentulah kabel tak ori tidak akan ada no siri. Macam mana nak adakan, kotak pun tak de.

KELAJUAN KABEL

Kelajuan pada kabel fast charging ori biasanya (1 – 2.4A), Dan kabel tiruan pula walaupun tertulis (1 – 2.4A)  selalunya akan mengeluarkan 0.5A je. Lagi slow pada kura kura.

JAMINAN ATAU WARRANTY

Contoh Warranty dari Samsung Service Center

Kabel original seperti Samsung, Huawei , Iphone atau Oppo , selalunya akan memberi jaminan/warranty selama 6 bulan. Dan warranty akan di tanggung oleh Service Center. Manakala kabel tiruan selalunya paling lama warranty hanya 1 bulan sahaja. Ada juga warranty hanya tempoh seminggu je.

BARCODE   

Setiap kabel original mesti mempunyai barcode pada kotak kabel. Pengguna boleh mengimbas barcode pada barcode scanner dan selalunya akan direct akses ke website official kabel. Manakala yang tiruan tiada barcode pada kotak.